Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat pergaduhan sekumpulan individu sehingga menyebabkan kematian di Jalan Telawi, Bangsar.<br />Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar, suspek berusia 26 tahun itu berjaya ditahan dalam serbuan di jalan 11 Selayang Baru, Batu Caves, pada petang Sabtu.
